Skim Graduan adalah inisiatif khas yang ditawarkan oleh bank kepada graduan untuk memudahkan mereka membeli kereta. Skim ini wujud untuk membantu golongan graduan yang sering kali menghadapi kesukaran dalam memenuhi syarat-syarat pinjaman konvensional.
KERETAPROTON4U.COM merupakan laman web yang menguruskan permohonan Skim Graduan terbesar di Malaysia sejak tahun 2013. Kami menerima sekitar 200-300 permohonan setiap tahun, dengan rekod tertinggi mencapai 315 permohonan pada tahun 2019. Permohonan kami datang dari seluruh Semenanjung. Berkat hubungan baik kami dengan bank-bank di seluruh negara. Kami komited untuk membantu graduan, tidak kira di mana mereka berada.
Mengapa Sesetengah Permohonan Gagal?
Dalam tempoh 6 tahun, kami telah menerima banyak aduan daripada graduan yang terpedaya dengan janji-janji palsu daripada sesetengah jurujual dan broker. Kami telah berjaya menyelamatkan ramai graduan, tetapi ada juga yang tidak dapat kami bantu. Kegagalan ini sering disebabkan oleh:
- Terlambat Menemui Kami: Ada yang telah menerima kereta sebelum sempat berurusan dengan kami.
- Memilih Untuk Berurusan Dengan Pihak Lain: Ada yang bertemu kami tetapi akhirnya memilih untuk berurusan dengan pihak lain, seringkali kerana tawaran yang kelihatan lebih menarik tetapi sebenarnya tidak benar.
- Tidak Percaya Nasihat Jujur: Kadang-kadang, nasihat jujur yang kami berikan tidak diterima kerana lebih suka mendengar apa yang mereka mahu dengar.
Kriteria Kelayakan
Untuk memohon Skim Graduan, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, sama ada tempatan atau luar negara.
- Berumur antara 19 hingga 29 tahun.
- Belum pernah membuat pinjaman kenderaan sebelum ini.
- Bekerja secara tetap atau kontrak (minima 1 tahun kontrak) di sektor kerajaan atau swasta (SDN BHD atau BERHAD sahaja).
- Tidak mempunyai masalah tunggakan PTPTN.
- Gaji/pendapatan minima RM2,000 selepas ditolak komitmen (elaun tetap dianggap sebagai pendapatan).
- Skim latihan seperti PROTEGE, MYSTEP, SL1M tidak diterima.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan IC/Kad Pengenalan (Wajib)
- Salinan Lesen (Minimum P) (Wajib)
- Skrol/Transcript/Mini Transcript/Surat Tamat Belajar (Wajib)
- Surat Tawaran Kerja/Surat Pengesahan Pekerjaan (Wajib)
- Dokumen tambahan (jika ada): Payslip terkini (jika telah menerima gaji pertama), penyata bank (jika ada), kad pekerja/kad perubatan kerja (jika ada).
Kelebihan Skim Ini
- Tiada Penjamin: Skim ini tidak memerlukan penjamin.
- Tiada Komitmen Hutang: Tidak perlu mempunyai komitmen hutang seperti kad kredit.
- Tiada Payslip 3 Bulan: Tidak perlu menyertakan payslip selama 3 bulan.
- Tiada Tempoh Berkerja Minimum: Boleh memohon walaupun baru berkerja sehari.
- Pinjaman 100%: Tiada downpayment diperlukan.
Mitos dan Salah Faham
- Harga Kereta Lebih Murah: Skim ini tidak mempengaruhi harga kereta, yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
- Diskaun Istimewa: Bank tidak memberikan diskaun, yang ditentukan oleh pengeluar.
- Istilah Graduan: Graduan bermaksud mereka yang telah tamat pengajian dan mempunyai bukti rasmi. Mereka yang belum tamat pengajian perlu memohon di bawah skim pelajar.
Pilihan Terletak di Tangan Anda
Kami tidak memaksa sesiapa untuk berurusan dengan kami. Apa yang kami harapkan adalah anda membuat pilihan yang tepat dan selamat. Doa kami akan sentiasa menyertai anda dalam setiap keputusan.
Leave a Reply